Ezzat meninggal dunia disebabkan kemalangan dengan sebuah treler semasa perjalanan pulang balik ke kampung. Ketika mandapat berita itu, ana tidak dapat menahan mata ini. Air mata terus mengalir deras. Sahabat yang begitu rapat dengan ana sewaktu sekolah dulu telah pergi dulu meninggalkan ana. telah meninggalkan keluarganya. Telah meninggalkan segala-galanya yang ada di dunia yang fana ini menuju ke alam barzakh.
Allah lebih menyayangimu sahabat. Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang ibu dan ayahmu, keluargamu, juga sahabat-sahabatmu. Yang membuatkan ana terasa sangat sedih ialah ketika hari kematian ezzat adalah hari ulang tahun kelahiran ibunya. Kondisi kesihatan ibunya juga kurang stabil pada ketika itu disebabkan mengalami satu penyakit. ketika hari pengebumian Ezzat, ana hanya mendapat berita dari adik ana melalui telefon memandangkan ana tidak bercuti ketika itu. Adik bersama ibu ana melawat Ezzat dirumahnya buat kali terakhir. Allahu Rabbi, kuasaMu melebihi segala-galanya. Menurut adik ana, Ezzat tidak mengalami kecederaan luaran yang parah walaupun Ezzat bertembung dengan treler. Ketika dikafankan, mukanya nampak berseri dan tersenyum pada ketika itu. Alhamdulillah, moga kematianmu itu ialah kematian husnol khatimah... Allahu Allah.. Kau sedang memberi ibrah kepada hambaMu ini supaya tidak alpa tentang kematian yang pasti. Sehingga saat ini, kenangan bersama dia sewaktu ketika dulu sentiasa menghiasi sanubari, sentiasa mengungkit memori dahulu. Bersama rakan-rakan sepermainan, tidak penat, tidak jemu mengutip mutiara ilmu dan pengalaman sewaktu kecil bersama-sama. Pengalaman berlari-lari anak di sawah padi, memanjat bukit di belakang rumah, bermain bola, bermain tarzan memancing ikan. sangat indah memori sewaktu kecil memandangkan dapat menghirup suasana kampung yang indah permai. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah memberikan hambaMu peluang dan ruang untuk merasainya.
Buatmu sahabatku, mohd Ezzat Nazmi bin Mohd Shukri, moga kamu sentiasa tenang di tempat istirehatmu. moga segala amal solehmu, kalungan doa kedua ibu bapamu, keluargamu, sahabat-sahabatmu menjadi teman setiamu disana. ku doakan yang terbaik untukmu sahabat. kerana untaian ukhwah itu tidak pernah padam dan hilang walaupun dunia kita berbeza. aku juga akan ke sana. mengikutimu satu hari nanti. namun tidak dapat dipastikan bila masanya. moga kita dipertemukan di syurga sana wahai temanku.. Allahumma amin.....
SUNGGUH.. ingin ku khabarkan kepadamu.. pelbagai mehnah, tribulasi yang sangat menguji dalam kanvas hidupku ini. doakan diriku dapat mengharungi serta menghadapinya dengan baik. Telah beberapa kali aku jatuh tersungkur dari landasan redhaNya. diriku tidak kuat sahabat.. moga persinggahan ku di dunia yang sementara ini dapat ku makmurkannya dengan amal ibadah, penuhi dengan seluruh jiwa kehambaanku kepadaNYA. Allahu amin.
Moga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan kepadamu dan menempatkanmu dalam kalangan orang yang soleh.. Allahumma amin..
Allahu Allah.. air mata ini mengalir lagi.. ya.. biarkan ia terus mengalir. moga dengan air mata ini keinsafan ini dapat menjauhkan diriku dengan azab api neraka....
![]() |
Allahu Allah.. tanamkanlah jiwa kehambaanku padaMU di setiap saat dan ketika... |
![]() |
sahabatku.. kenangan itu tidak akan kulupakan.. akan ku pahatkan .. akan ku kukuhkan ia dalam memori hidupku.. kerana ia terlalu indah untuk kita semua..♥ |
![]() |
moga ukhwah kita bagaikan untaian tasbih tiada hentinya.. moga kita dipertemukan di syurgaNya nanti...duhai sahabatku.. |
~bingkisan buatmu sahabatku~
al-faqirah
No comments:
Post a Comment