" Ya Allah, mengapa wanita sering menangis? jawapannya♥ kerana wanita itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. Ku kuatkan bahunya utk menjaga anak-anaknya. Ku lembutkan hatinya utk memberi rasa aman. Ku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia. Ku teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yang lain menyerah. Ku beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun. Ku kuatkan batinnya utk menyayangi walau dikhianati oleh teman. Walau disakiti oleh orang yang ia sayangi, Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk memnbasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.."WANITA KAMU ISTIMEWA" Di celah hati dan sukma basahkanlah ia dengan tangisan menghadap Illahi.
Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia, kini biarlah air mata ini tumpah di hadapan Illahi sebagai bentuk pengakuan dosa tangisan yang lahir dari hati yang mendambakanMu Allah. Allahu Rabbi anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya padaMU.. ♥♥♥ moga bingkisan mutiara kata di atas dapat memujuk hati yang sedang tenggelam dalam tangisan dalam gelap zulumat malamMu.
~ Tuhanku, sukar untukku menterjemahkan perasaanku ini.. kata hati nuraniku ini.. namun ku tahu dan kupasti Kau Maha Mengetahui segala-galanya tentang diriku..
Bingkisan hati yang lara
~al- faqirah ila Allah~