Tuesday, 8 November 2011

mujahadah itu penuh berliku

" Allahu Rabbi mujahadah itu sangat sukar.. jauhilah aku.. lindungilah aku.. dari pautan nafsu duniawi... diriku hanya milikMu ya Rabbi.. pautlah ranting-ranting kecintaanku pada Akhirat agar hati ini sentiasa merasa cukup dengan apa yang dilmiliki sekarang... cintaMU.. kasih sayangMU yang amat kudambakan kini."


" Ya Allah, mengapa wanita sering menangis? jawapannya♥ kerana wanita itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. Ku kuatkan bahunya utk menjaga anak-anaknya. Ku lembutkan hatinya utk memberi rasa aman. Ku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia. Ku teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yang lain menyerah. Ku beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun. Ku kuatkan batinnya utk menyayangi walau dikhianati oleh teman. Walau disakiti oleh orang yang ia sayangi, Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk memnbasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.."WANITA KAMU ISTIMEWA" Di celah hati dan sukma basahkanlah ia dengan tangisan menghadap Illahi.


Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia, kini biarlah air mata ini tumpah di hadapan Illahi sebagai bentuk pengakuan dosa tangisan yang lahir dari hati yang mendambakanMu Allah. Allahu Rabbi anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya padaMU.. ♥♥♥ moga bingkisan mutiara kata di atas dapat memujuk hati yang sedang tenggelam dalam tangisan dalam gelap zulumat malamMu.


 ~ Tuhanku, sukar untukku menterjemahkan perasaanku ini.. kata hati nuraniku ini.. namun ku tahu  dan kupasti Kau Maha Mengetahui segala-galanya tentang diriku..






Di malam yang sepi.. yg menyentuh hati
Ku rasa terharu menginsafi diri
Di malam yang sepi.. di saat yang murni
Kupanjatkan doa kepada ILLAHI
Di malam yg sepi disaat yang sunyi,
kulafazkan syukur kepada Illahi
Di malam yang sepi,
Kupasrah diri pada ILLAHI..


Bingkisan hati yang lara
~al- faqirah ila Allah~

Monday, 7 November 2011

Pemergianmu sahabat....

Alhamdulillah.. segala kesyukuran dipanjangkan kepada Illahi dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita hidup di atas muka bumi Tuhan ini . entah bila, masa dan ketika kita akan terus menghirup nikmat udara yang dikurniakan olehNya. Entahkan esok lusa ajal kita menjelma tiba, kita tidak mungkin akan mengetahuiNya. Bercakap tentang kematian,tiba-tiba ana terkenang kepada seorang sahabat ana yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas. berita ini sungguh mengejutkan ana. Beliau merupakan sahabat baik ana ketika sekolah rendah. namanya mohd ezzat nazmi. 
Ezzat meninggal dunia disebabkan kemalangan dengan sebuah treler semasa perjalanan pulang balik ke kampung. Ketika mandapat berita itu, ana tidak dapat menahan mata ini. Air mata terus mengalir deras. Sahabat yang begitu rapat dengan ana sewaktu sekolah dulu telah pergi dulu meninggalkan ana. telah meninggalkan keluarganya. Telah meninggalkan segala-galanya yang ada di dunia yang fana ini menuju ke alam barzakh. 
Allah lebih menyayangimu sahabat. Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang ibu dan ayahmu, keluargamu, juga sahabat-sahabatmu. Yang membuatkan ana terasa sangat sedih ialah ketika hari kematian ezzat adalah hari ulang tahun kelahiran ibunya. Kondisi kesihatan ibunya juga kurang stabil pada ketika itu disebabkan mengalami satu penyakit. ketika hari pengebumian Ezzat, ana hanya mendapat berita dari adik ana melalui telefon memandangkan ana tidak bercuti ketika itu. Adik bersama ibu ana melawat Ezzat dirumahnya buat kali terakhir. Allahu Rabbi, kuasaMu melebihi segala-galanya. Menurut adik ana, Ezzat tidak mengalami kecederaan luaran yang parah walaupun Ezzat bertembung dengan treler. Ketika dikafankan, mukanya nampak berseri dan tersenyum pada ketika itu. Alhamdulillah, moga kematianmu itu ialah kematian husnol khatimah... Allahu Allah.. Kau sedang memberi ibrah kepada hambaMu ini supaya tidak alpa tentang kematian yang pasti. Sehingga saat ini, kenangan bersama dia sewaktu ketika dulu sentiasa menghiasi sanubari, sentiasa mengungkit memori dahulu. Bersama rakan-rakan sepermainan, tidak penat, tidak jemu mengutip mutiara ilmu dan pengalaman sewaktu kecil bersama-sama. Pengalaman berlari-lari anak di sawah padi, memanjat bukit di belakang rumah, bermain bola, bermain tarzan memancing ikan. sangat indah memori sewaktu kecil memandangkan dapat menghirup suasana kampung yang indah permai. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah memberikan hambaMu peluang dan ruang untuk merasainya.
Buatmu sahabatku, mohd Ezzat Nazmi bin Mohd Shukri, moga kamu sentiasa tenang di tempat istirehatmu. moga segala amal solehmu, kalungan doa kedua ibu bapamu, keluargamu, sahabat-sahabatmu menjadi teman setiamu disana. ku doakan yang terbaik untukmu sahabat. kerana untaian ukhwah itu tidak pernah padam dan hilang walaupun dunia kita berbeza. aku juga akan ke sana. mengikutimu satu hari nanti. namun tidak dapat dipastikan bila masanya. moga kita dipertemukan di syurga sana wahai temanku.. Allahumma amin.....
SUNGGUH.. ingin ku khabarkan kepadamu.. pelbagai mehnah, tribulasi yang sangat menguji dalam kanvas hidupku ini. doakan diriku dapat mengharungi serta menghadapinya dengan baik. Telah beberapa kali aku jatuh tersungkur dari landasan redhaNya. diriku tidak kuat sahabat.. moga persinggahan ku di dunia yang sementara ini dapat ku makmurkannya dengan amal ibadah, penuhi dengan seluruh jiwa kehambaanku kepadaNYA. Allahu amin.


Moga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan kepadamu dan menempatkanmu dalam kalangan orang yang soleh.. Allahumma amin..
 Allahu Allah.. air mata ini mengalir lagi.. ya.. biarkan ia terus mengalir. moga dengan air mata ini keinsafan ini dapat menjauhkan diriku dengan azab api neraka....




Allahu Allah.. tanamkanlah jiwa kehambaanku padaMU di setiap saat dan ketika...
sahabatku.. kenangan itu tidak akan kulupakan.. akan ku pahatkan .. akan ku kukuhkan ia dalam memori hidupku.. kerana ia terlalu indah untuk kita semua..

moga ukhwah kita bagaikan untaian tasbih tiada hentinya.. moga kita dipertemukan di syurgaNya nanti...duhai sahabatku..




~bingkisan buatmu sahabatku~
al-faqirah 

Friday, 4 November 2011

"malapetaka bagi seorang muslimah ialah apabila mengetahui dirinya diminati,ibadahnya akan terganggu kerana resah & gelisahnya dia memikirkan dirinya telah menjadi perhatian sang lelaki,dia resah kerana takut ada cacat cela pada perlakuannya sehingga menimbulkan rasa suka seorang lelaki,ibadahnya juga akan terganggu kerana bimbang ibadah lelaki yang meminatinya juga akan turut terganggu" 

Thursday, 3 November 2011

ya Allah.. semakin hari diriku terasa semakin jauh dariMU.. aku sudah semakin hilang.. hilang dari rasa kehambaan.. yang sepatutnya menjadi fitrah bagi seornag manusia itu. SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK DOSA YANG AKU LAKUKAN.. AMPUNKAN DAKU YA RABBI..T_T.. aku hambaMu yang kerdil lagi lemah.. aku rindu pada waktu dulu.. di saat aku sering berteleku di hadapanMU.. NAMUN KINI AKU SUDAH SEMAKIN JAUH...

Aku ingin mencintaimu ~ selama-lamanya..T_T



Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Thursday, 13 October 2011

duhai sahabat.. maafkan daku..

sahabat.. maafkan daku.. kerana tidak mengetahui segala keperitan yang dilalui olehmu.. di kala ini aku berasa sangat terkilan dan rasa bersalah itu menghantuiku.. mana mungkin seorang sahabat akan melihat sahaja penderitaan yang dilalui.. ku tahu.. betapa payahnya dan peritnya dirimu melalui segala mehnah yang melanda kehidupanmu
ku akan sedaya upaya membantumu.. sekuat kudrat ku..semampuku.. agar hilang segala kepayahan dan kegetiran yang melanda dirimu..

Monday, 19 September 2011

kifarah dosaku

ujian Allah buatku hari ini.. Ya Allah..... badan terasa sangat lemah, mata berpinar-pinar.. tekak terasa benar-benar perit.. kifarah dosa buatku.. di kala ini, rakan-rakan berada di kuliah, aku keseorangan berada di bilik.. kesunyian, kelaparan, kepeningan, keletihan.. moga dengan segala sakit ini mampu melebur dan menebus dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah..dosaku bak pepasir di pantai .. Allahu Rabbi..


sihatkanlah hambaMu ini agar dapat melaksanakan tugas-tugasku dengan sebaik mungkin.. Allahumma amin..

Sunday, 18 September 2011

permata hati..:)


dikala kesunyian, tetiba rindu kat si cute miut.. anak-anak sedara 3 orang nih.. moga kamu semua membesar menjadi anak yang baik dan soleh.. rindu karenah-karenah yang sangat menghiburkan.. ♥♥♥