Thursday, 8 March 2012

hati berbicara lagi. cukup-cukuplah karat jahiliyah yang dahulu belum pun habis dikikis.. ditambah lagi dengan noda dan dosa. Allahu Allah.. tanamkanlah sifat kehambaan yang begitu dalam kepada hambaMu yang dhoif ini.. lorongkan landasan yg lurus di jalanMu.. agar aku bisa melaluinya dengan baik.


Aku mencintaiMu melebihi segala-galanya dalam hidupku.. kuatkanlah.. hati ini..
                             

Wednesday, 7 March 2012

RUNGKAIKAN LAH KESEDIHAN INI

ya Allah... sedihnya hari ini.. kenapa perlu aku mempunyai perasaan seperti ini.. kenapa sering terjadi begini.. aku rasa kesepian, kesunyian walau dalam keramaian manusia di sekelilingku.. kenapa.. dan mengapa.. Allahu Allah.. adakah ini adalah salah satu kelalaian ku daripada mengingatiMU.. jika diri ini mengingatiMu.. pasti tiada perasaan seperti ini .. berlegar-legar di benak hatiku..
ya Allah... sibukkan daku dalam menuntut ilmu dan juga "berdating denganMu".. redhailah.. agar aku menjadi tenang.. dan menjadi muslimah yang superb.. di dunia wal akhirat..
mungkin juga kesedihan ni..disebabkan peristiiwa semalam yang masing terngiang-ngiang di lubuk hati.. di sanubariku..kisah kematian senior akibat kemalangan.. hatiku bagaikan disentap-sentap.. darah menyerbu ke muka dan otak... terasa lemah dan berpinar-pinar..peristiwa ini memberi keinsafan buat diri ini dan juga insan-insan di sekelilingku di kampus ini.. ajal datang pada bila-bila masa sahaja.. sama ada cepat lambat, atau sekelip mata.. Allahu Allah.. sangat rasa kehilangan walau diri ini tidak pernah mengenalinya dari dekat. namun, dia seorang yang sangat ceria dan aktif berpersatuan di maktab dan kebanyakan pensyarah dan student mengenalinya..seorang yang sangat bagus dalam menjalankan amanah yang diberi. namun, Allah lebih menyayanginya..moga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah dan tergolong dalam golongan yang soleh dan dimasukkan ke dalam syura Jannatul firdausi. Allahumma amin,,